MENELUSURI JEJAK MERDEKA


20140829_084933Gambar : Program Kemerdekaan yang diadakan di sekolah pada 29.8.2014

MENELUSURI ARUS KEMERDEKAAN DI BAWAH TERAJU ENAM KEPIMPINAN NEGARA

 index Kemerdekaan yang telah dinikmati menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat yang gah di mata dunia. Sepanjang 56 tahun ini Malaysia telah membuktikan bahawa sistem yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin negara telah berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang membanggakan. Kepimpinan yang dilaksanakan oleh enam Perdana Menteri telah memacu Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

 images (1)

ERA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

(31 OGOS 1957 – 21 SEPTEMBER 1970)

index Sebagai perintis era kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memainkan peranan penting dalam usaha membebaskan negara daripada belenggu penjajah tanpa pertumpahan darah pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963.
 index Sumbangan besar Tunku dalam proses kemerdekaan dan menyatukan pelbagai kaum yang mengamalkan agama, budaya, adat resam dan bahasa yang berbeza yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura di bawah Persekutuan Malaysia, telah melayakkan Tunku menerima gelaran Bapa Kemerdekaan.
 index Sepanjang pemerintahannya, Tunku telah membawa pelbagai perubahan kepada Malaysia dengan membentuk strategi pembangunan jangka panjang bagi tempoh lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya pertama pada 1956 hingga 1960 dan Rancangan Malaya kedua 1961 hingga 1965. Melalui rancangan pembangunan lima tahun ini pelbagai aktiviti pemulihan dan penjanaan ekonomi telah dilaksanakan bermula dengan pembukaan ladang getah dan kelapa sawit hinggalah kepada penubuhan institusi-institusi penjana pembangunan seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
 index Selain itu pelbagai Dasar yang menjadi garis panduan dalam pemerintahan telah diperkenalkan seperti Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67). Tunku Abdul Rahman juga telah membawa Malaysia ke arena antarabangsa dengan menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada 1961 yang seterusnya dikenali sebagai ASEAN. Sehingga kini 10 buah negara menganggotai di Asia Tenggara. Penganjuran beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Pesta Bola Merdeka (1957) dan Musabaqah al-Quran (1961) menjadikan Malaysia dikenali di peringkat global. Tunku juga telah mencatat sejarah dalam arena politik tanah air dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC di bawah Parti Perikatan yang kemudiannya ditukar nama kepada Barisan Nasional dan berjaya memerintah Malaysia sehingga kini.

TunAbdulRazak

ERA TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN

(22 SEPTEMBER 1970 – 14 JANUARI 1976)

 index Dalam menerajui Malaysia Tun Razak telah memfokuskan kepada empat perkara iaitu menurunkan kadar kemiskinan, pengagihan ekonomi yang adil dan saksama, pendekatan praktikal untuk membina negara dan rakyat serta memastikan wujudnya keadilan sosial dalam kalangan rakyat. Tun Razak menggerakkan pembangunan Malaysia melalui Rancangan Pembangunan Luar Bandar (Buku Merah) serta agenda pembangunan ekonomi menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dengan kejayaan gerakan pembangunan negara yang dijalankan Tun Razak ini beliau telah digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.
 index Tun Razak juga berjaya mengeratkan hubungan Malaysia dengan negara luar. Diplomasi yang diamalkan Tun Razak telah berjaya menamatkan konfrontasi Malaysia-Indonesia dan membina hubungan erat dengan negara China. Strategi ini telah mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat di mata dunia.

images

ERA TUN HUSSEIN DATUK ONN

(15 JANUARI 1976 – 16 JULAI 1981)

 index Perpaduan Nasional merupakan agenda utama di dalam setiap dasar dan pelan pembangunan yang dirangka di era pemerintahan Tun Hussien Onn sehingga digelar ‘Bapa Perpaduan’.
 index Isu-isu perkauman yang meruncing sebelum ini telah dapat dihapuskan dan perpaduan kaum berjaya diwujudkan dalam kalangan rakyat.
 index Beliau juga berusaha mengekalkan momentum pembangunan ekonomi dengan memberi nafas baharu kepada DEB. Antara yang dilaksanakan termasuk memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional khusus untuk meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera yang agak ketinggalan pada ketika itu.

m4

ERA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

(16 JULAI 1981 – 31 OKTOBER 2003)

 index Sesuai dengan gelaran ‘Bapa Pemodenan’ Tun Dr. Mahathir telah berjaya membawa Malaysia meniti arus kemodenan sebagai sebuah negara berdaya maju dengan pelbagai dasar dan projek berprofil tinggi sehingga menjadi sebutan di peringkat antarabangsa.
 index Pada awal pentadbirannya, Tun telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur diikuti Kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan.
 index Projek pengeluaran Proton Saga yang merupakan kereta nasional pertama negara pada 1985 telah menggerakkan ekonomi Malaysia daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri.
 index Pelancaran Wawasan 2020 pada 1990 pula menyediakan pelan perancangan bagi Malaysia mencapai taraf negara maju dengan menggariskan sembilan cabaran hasrat dan hala tuju kerajaan serta rakyat. Kejayaan Tun mengatasi krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada lewat 1990-an juga menjadikan Malaysia dipandang tinggi di mata dunia.
 index Inisiatif memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju diteruskan lagi dengan pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1996 yang menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dengan projek-projek seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan dan sebagainya.
 index Pelbagai projek mega telah dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir antaranya pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar Petronas, Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Walaupun pada awal pelaksanaan projek-projek mega ini mendapat pelbagai kritikan namun ternyata ia banyak membantu merangsang ekonomi dan pembangunan negara serta menjadikan Malaysia dikenali, dihormati dan disegani di peringkat global.

abdullah_ahmad_badawi

ERA TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

(31 OKTOBER 2003 – 2 APRIL 2009)

 index Semasa pemerintahannya, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah meneruskan usaha untuk membangunkan Malaysia menjadi negara maju selaras Wawasan 2020 dengan berteraskan prinsip Islam Hadhari. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan konsep ‘bekerja bersama saya’ telah memperkasa perkhidmatan awam ke arah perkhidmatan bertaraf dunia.
 index Tun Abdullah juga memberi perhatian khusus kepada usaha pencegahan rasuah dengan penubuhan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) serta melakukan penambahbaikan dan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 index Selain itu, Tun Abdullah juga mengambil inisiatif bagi Malaysia meneroka pelbagai bidang baharu dengan merangka pelbagai dasar seperti Dasar Bioteknologi Nasional (DBN), Dasar Automotif Nasional (DAN) dan Dasar Biofuel Nasional (DBFN). Projek Pembinaan mikro satelit buatan Malaysia kedua, RazakSAT dan roket pelancarnya Falcon 1 yang dijayakan oleh syarikat dan tenaga kerja tempatan telah membuktikan keupayaan Malaysia dalam bidang aeroangkasa. Pusat Angkasa Malaysia telah ditubuhkan bagi mengawal selia aktiviti RazakSat dan menjalankan kerjasama di peringkat global dalam bidang aeroangkasa.
 index Melalui Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9) Tun Abdullah telah merangka Misi Nasional yang memfokuskan kepada meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara dengan mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nano teknologi dan perkhidmatan aeroangkasa. Langkah Tun Abdullah memperkenalkan Dasar Modal Insan yang direncanakan di dalam RMK-9 juga telah memberikan revolusi dalam pembangunan modal insan negara.
 index Ia juga telah mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara. Perhatian khas yang diberikan oleh Tun Abdullah kepada pembangunan modal insan yang merupakan aset penting masa hadapan bagi membantu Malaysia merealisasikan Wawasan 2020 telah menyebabkan beliau digelar ‘Bapa Pembangunan Modal Insan’.

Najib_Razak_2008-08-21

ERA DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

(3 APRIL 2009 – KINI)

 index Dalam menerajui Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib telah menyuntik elemen pembaharuan bagi memastikan Malaysia berjaya mencapai status negara maju dalam rangka waktu yang telah ditetapkan di dalam wawasan 2020. Dato’ Sri Najib telah memperkenalkan konsep 1Malaysia sebaik sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri. Konsep ini telah menjadi teras perpaduan nasional dan keamanan negara. Dato’ Sri Najib juga amat komited dalam menambah baik kualiti perkhidmatan awam dengan memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) serta Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU). Beliau turut memperkenalkan pelan induk pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berkaitan dengan enam NKRA bagi membawa perubahan lebih ketara dalam pelbagai sektor.
 index Dato’ Sri Najib sangat menitikberatkan usaha-usaha transformasi dan melalui pendekatan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ usaha transformasi dalam pelbagai sektor telah dan sedang dilaksanakan. Antaranya melibatkan sektor sosiopolitik, ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya termasuk penambahbaikan terhadap undang-undang dan peraturan.
 index Ini bagi memastikan hak dan kebebasan rakyat berlandaskan Perlembagaan Persekutuan terjamin. Bagi merangka, merancang dan melaksanakan program-program transformasi tersebut, Dato’ Sri Najib telah memperkenalkan Dasar Transformasi Negara (DTN). Atas usaha-usaha transformasi berterusan yang dilaksanakannya, Dato’ Sri telah diberi gelaran ‘Bapa Transformasi Malaysia’.

TRANSFORMASI NEGARA:

HASIL DITUAI, NIKMAT DIRASAI

 index Kepimpinan Dato’ Sri Najib terserlah menerusi pelbagai transformasi yang dibawa beliau sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menyedari negara sedang melalui suatu fasa penting, penekanan telah dianjurkan oleh Dato’ Sri Najib melibatkan segenap aspek agar hasrat kita untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dapat direalisasikan.
 index Agenda transformasi ini sudah diangkat menjadi Dasar Transformasi Nasional (DTN). DTN akan menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Tanpa ragu-ragu, beberapa program transformasi dilaksanakan sebagai langkah proaktif Perdana Menteri dalam mengharungi cabaran global, terutama cabaran ekonomi dan politik yang semakin kompetitif sejajar dengan slogan janji kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
 index Sejajar itu, Dato’ Sri Najib telah memperkenalkan beberapa program transformasi antaranya Program Transformasi Politik (PTP); Program Transformasi Ekonomi (ETP); Program Transformasi Kerajaan (GTP); tujuh Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) dan Program Transformasi Sosial (PTS).
PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP)
 index

Dato’ Sri Najib telah memacu negara di atas landasan yang tepat seiring dengan tuntutan perubahan iklim ekonomi dunia semasa.

Antara pencapaian penting negara:

 index
  • Peningkatan ketara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagi tahun 2012, prestasi negara meningkat dengan RM749.1 bilion dan buat kali pertama dijangka mencecah RM1 trillion pada 2013.

 index
  •  Rekod Pelaburan Langsung Asing (PLA/FDI)

Sejak 2009 sehingga 2011 di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib, nilai FDI menyaksikan peningkatan tujuh kali ganda. Secara tidak langsung, Malaysia menjadi negara ketiga tertinggi yang menerima pelaburan asing terbesar dalam kalangan negara-negara Asean.

 index
  •  Peningkatan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Pada tahun 2011, peluang pekerjaan yang telah diwujudkan adalah sebanyak 313,741 bagi tahun 2011 manakala 2012 pula sebanyak 800,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan dan jumlah ini dijangka terus meningkat bagi tahun 2013.

 index
  • Peningkatan Indeks Bursa Saham Malaysia (IBSM)

IBSM turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan sejak tahun 2010-2013 iaitu sebanyak 29%.

Menurut laporan “Menjalankan Perniagaan” 2013 Bank Dunia dalam kalangan 185 buah negara, Malaysia mencatatkan rekod cemerlang dengan kekal tempat pertama dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman, ke-4 perlindungan kepada pelabur, ke-11 dalam perdagangan rentas sempadan dan ke-15 dari aspek pembayaran cukai.Kejayaan penyenaraian FELDA Group Venture (FGV) di Bursa Saham Malaysia yang sekali gus melonjakkan nama Perdana Menteri di pentas dunia.

PROGRAM TRANSFORMASI POLITIK (PTP)

 index Bagi Program Transformasi Politik, kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib mengambil keputusan menguat kuasa serta-merta semua akta baharu dan pindaan terhadap akta-akta sedia ada.
 index Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea.
 index

Beberapa pendekatan dan pembaharuan diwujudkan antaranya:

Memansuhkan Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri, lesen kawalan penerbitan akhbar, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional (AKN) bagi menggantikan Akta Hasutan 1948. AKN meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum dan mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan.

-Individu yang disyaki hanya boleh ditahan 28 hari sahaja berbanding 60 hari untuk tujuan penyiasatan sebelum ini. Selepas tempoh berkenaan, suspek terbabit perlu didakwa di mahkamah.

Mana-mana individu tidak lagi boleh ditahan tanpa dibicara berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diguna pakai selama ini.

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

 index Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada 11 Julai 2009. Terdapat tujuh tonggak utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu menangani kos sara hidup, mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, memperbaiki pencapaian pelajar, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkat pengangkutan awam bandar.Ketujuh-tujuh NKRA memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan sosio-ekonomi, selaras dengan pegangan teguh kepada semangat dan gagasan 1Malaysia. Perancangan strategik yang kukuh, azam dan kesungguhan kerajaan tidak pernah mengenal erti jemu dalam merealisasikan sasaran dan menyampaikan keberhasilan yang dihasratkan.
NKRA MENANGANI KOS SARA HIDUP
 index Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diwujudkan dengan penawaran harga barangan yang lebih murah pada kualiti yang sama.Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Kain 1Malaysia (KK1M), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Kedai Ikan 1Malaysia, Teksi Rakyat 1Malaysia, dan sebagainya diperkenalkan demi kesejahteraan rakyat.
NKRA MENGURANGKAN JENAYAH
 index Memperkenalkan Program Omnipresence dengan mensasarkan kawasan sekolah, terminal pengangkutan awam, pusat membeli-belah dan sebagainya.-Hasilnya, indeks jenayah jalanan mencatatkan penurunan sebanyak 41.3% dan 7.6 % indeks jenayah keseluruhan.Program Bandar Selamat 1Malaysia turut diperluaskan kepada 143 Pihak Berkuasa tempatan di seluruh negara dengan pemasangan 17,958 lampu jalan yang lebih baik, 834 cermin keselamatan, dan lebih 143.9 kilometer
NKRA MEMERANGI RASUAH
 index 14 Mahkamah Rasuah telah beroperasi pada tahun 2011 dengan 496 kes telah diproses dan 249 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012.Memperkenalkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bagi tujuan melindungi pemberi maklumat yang melaporkan kes-kes rasuah.
NKRA MEMPERBAIKI PENCAPAIAN PELAJAR
 index Memperkenalkan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Interaktif-Tuisyen Rakyat (i-TR1M), Kedai Buku 1Malaysia, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), Komputer Riba 1MALAYSIA dan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M).Pemberian diskaun sebanyak 10% sehingga 20% kepada peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).Yuran sekolah kerajaan dimansuhkan bagi meringankan beban rakyat.Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 berjumlah RM533 juta turut diagihkan kepada 5.3 juta pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
NKRA MENINGKATKAN TARAF HIDUP ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH
 index Mewujudkan Program 1AZAM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).- Program 1AZAM telah menambah baik kehidupan sebanyak 44,535 atau 99.9% isi rumah di seluruh negara untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Antara pendekatan yang digunakan adalah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan keusahawanan dengan penglibatan pelbagai bidang dan latar belakang di seluruh negara.Mewujudkan Program KAR1SMA dengan mengagihkan sebanyak RM1.4 bilion bantuan tunai kepada golongan yang kurang berkemampuan.Kerajaan turut memperkenalkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi menangani masalah tekanan kewangan golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri.
NKRA MEMPERTINGKAT INFRASTRUKTUR
A) ASAS LUAR BANDAR
 index Membina 3,349.6 Kilometer jalan raya yang memberi manfaat kepada 98.6% penduduk luar bandar Semenanjung Malaysia, 88.7% penduduk luar bandar Sabah dan 82.7% penduduk luar bandar Sarawak.Peningkatan akses kepada air bersih/terawat telah memberi kesan kepada 1.4 juta isi rumah.Kerajaan sentiasa memastikan bekalan elektrik 24 jam tersedia kepada 22,058 buah rumah.Program Transformasi Luar Bandar (RTC) diwujudkan di Melaka, Perak, Kelantan, dan Pahang bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat dalam pelaksanaan aktiviti bercorak nilai tambah yang tinggi.
NKRA MEMPERTINGKAT PENGANGKUTAN
B) AWAM BANDAR
 index Sebanyak 37 set tren enam gerabak Komuter KTM disediakan bagi mengurangkan kesesakan waktu pagi dan petang.Perhentian bas turut dinaiktaraf bagi memantapkan integrasi antara perkhidmatan bas dalam dan luar pusat bandar.Lapangan Terbang Tambang Rendah (KLIA2) dan kereta api elektrik ETS Ipoh-KL Sentral sedang giat dibangunkan.
 index

Bagi Transformasi Perkhidmatan Awam, Perdana Menteri telah memperkenalkan:

Bayaran khas kepada penjawat awam dengan insentif sebanyak RM500 bagi tahun 2010 dan 2011, manakala pada tahun 2012 jumlahnya dipertingkat kepada bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 sekali gus memanfaatkan lebih 1.3 juta penjawat awam dan 618 ribu pesara kerajaan.

Pada tahun 2013, faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) diawalkan bermula 1 Julai 2013 dengan kadar RM80-RM320. Turut meraih manfaat adalah 182,434 yang mendapat kenaikan gaji meskipun telah mencapai gaji siling maksimum.

Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) turut diperkenalkan bagi memudahkan interaksi antara rakyat dan kerajaan 24 jam sehari melalui panggilan telefon, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), faks, e-mel dan media sosial.

Pusat Transformasi Bandar (UTC) turut diperkenalkan dengan menyediakan satu pusat sehenti pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Proses permohonan pasport diperluaskan secara atas talian demi kemudahan dan keselesaan rakyat.

Segala kemajuan dan kejayaan transformasi Dato’ Sri Najib telah meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk muncul sebagai salah satu kuasa besar ekonomi di rantau Asia.

Ternyata bahawa segala program transformasi Dato’ Sri Najib ini adalah untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang tercinta!

sumber : http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/?page_id=3052

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Titipan doa buat pejuang kecik…


Assalamualaikum, buat adik-adik yang tengah duduk menjalani UPSR, selamat maju jaya.  Selamat mejawab kesemua soalan dengan jayanya. Aminn.. InsyaAllah.10660138_10202750881881040_599927726615499251_n

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SELAMAT HARI GURU…


Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan. Setiap tahun,sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya,untuk tahun 2013 ini ia bertemakan ‘satu Aspirasi satu Agenda’.

Di kesempatan ini,kami Warga Sekolah SK Jalan Haji Baki merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang telah berkhidmat daripada peringkat tadika,sekolah rendah,sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti. Sesungguhnya jasa bakti anda tetap dikenang dan dihargai! Terima Kasih Cikgu…

Sungguh cantik si bunga melati,
Tumbuhnya subur di tepi pulasan,
Guru mendidik seikhlas hati,
Bakti ditabur tak pinta balasan.

Guru…
Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru…

Adakala …
kita dicaci,
kita dimusuhi,
kita dimarahi,
kita tidak dihargai.
tapi …
kita kan tetap tersenyum … walaupun dalam pilu
kita kan tetap melangkah … biarpun hampir rebah
kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar … meskipun hati tercalar dan maruah tercabar.
Sacrifice is greater than love
character is greater than beauty
humanity is greater than wealth

BUT
nothing is greater than a teacher
Meski menangis dalam tawa
meski senyum dalam duka
meski pahit bagai gula
sabarlah
redalah
kerana kita guru yang kental jiwa dan raga
mendidik anak bangsa
dulu, kini dan selamanya.
Banyak dapat bunga?
Tanda tugas guru mengharumkan dunia
Dapat pen?
Tanda guru bijak melakar kata
Dapat pemadam?
Tanda guru sentiasa membetulkan yang salah
Dapat mesej?
Tanda guru sentiasa dalam ingatan
Guru bagaikan NTV7 kerana ‘ceria selalu’
Kekadang guru seakan TV3 kerana ‘menjadi inspirasi hidupku’
Yang pasti guru juga seperti TV9 kerana ‘dekat di hati’
dan yang paling penting guru umpama pakej ASTRO kerana ‘ macam-macam ada’
Mak cakap CIKGU macam MAGEE, makanan rutin ‘time’ susah,
Ayah cakap CIKGU macam D’SEEKERS, menakutkan…
Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada…
Tapi…saya cakap CIKGU macam L’OREAL kerana dirimu begitu berharga!

SELAMAT HARI GURU… Guru Pembina Negara Bangsa
Tapi bila hadirnya cikgu
Duduk diam tak bersuara, tak berlagu,
Tak jemu-jemu kongsikan ilmu
Itulah memori yang sangat kami rindu

DSC_0085

DSC_0127

DSC_0129

DSC_0078

DSC_0073

DSC_0128

Posted in Uncategorized | Leave a comment